Tugasan PPBI (Tips Menulis)




    The 22 Best Writing Tips Ever ini sedikit sebanyak memberi inspirasi dan maklumat yang baik dalam bidang penulisan. perkara-perkara penting untuk menjadi penulis yang baik telah disediakan dalam tulisan tersebut.
     Bagi menjadi penulis yang baik, kita seharusnya fokus dalam perkara yang hendak kita karangkan. Jika kita melakukan ia dengan sambil lewa, maka tidak menjadilah hasil karya  yang cemerlang. Menulis ini juga perlu mengikut urutan atau mempunyai rangka yang sepatutnya agar kita tidak lari daripada landasan. Sebagai contohnya, perkara pertama yang kita mesti lakukan adalah dengan mencari bahan serta melakukan pemerhatian agar minda dan pengetahuan kita terhadap sesuatu isu itu akan lebih luas. Hal ini bagi memudahkan kita menghasilkan penulisan kita. Dalam pada itu, kita hendaklah belajar bagi memperbaiki tatabahasa yang betul agar dapat mencapai bentuk penulisan yang bagus. Saya juga berpendapat bahawa, janganlah kita gentar untuk memulakan penulisan kerana pada awal sememangnya sukar, namun apabila kita telah biasakan menulis dan membetulkan kesilapan, kita pasti akan dapat menghasilkan sebuah penulisan yang jauh lebih baik.
      Setelah diamati, latihan yang kerap amat baik dalam bidang penulisan. Blog ini juga menjadi satu landasan bagi memulakan bidang penulisan. 

Comments

Popular posts from this blog

Terakhir

Hairan

Dandelion