Posts

Showing posts from October, 2019

...

Hampir sepuluh jam aku lelapkan mata untuk menghilangkan sakit kepala yang teramat. Hendak saja aku hantukkan kepala  di bucu katil bewarna kelabu ini. Bangun dari lena yang panjang tetapi sedikit kesan pun tiada. Makin menggila sakitnya adalah. Kira-kira dua minit juga aku ambil masa untuk bangkitkan jasad aku dari katil. Terlihat sepapan panadol di atas meja yang hampir habis aku telan sejak pagi semalam. Tidak berguna juga. _ Tudung terletak di kepala aku kemaskan. Aku cucukkan jarum peniti pada tudung bahagian atas kepala agar terbentuk dan mengekalkan kedudukan yang statik. Gaya biasa saja yang aku kenakan, namun masih kemas. Bag tangan aku capai lalu bingkas aku bangun dari kerusi solekku dan terus keluar dari kamar. Bergegas aku ke pejabat untuk bertemu dengan 'supplier' kain bagi menghasilkan keluaran baru aku selepas ini. Denyutan kepala yang rancak ini sengaja aku lupakan. Sakit, sakit juga. Kerja mesti jalan. 

Tugasan PPBI (Tips Menulis)

Image
    The 22 Best Writing Tips Ever ini sedikit sebanyak memberi inspirasi dan maklumat yang baik dalam bidang penulisan. perkara-perkara penting untuk menjadi penulis yang baik telah disediakan dalam tulisan tersebut.      Bagi menjadi penulis yang baik, kita seharusnya fokus dalam perkara yang hendak kita karangkan. Jika kita melakukan ia dengan sambil lewa, maka tidak menjadilah hasil karya  yang cemerlang. Menulis ini juga perlu mengikut urutan atau mempunyai rangka yang sepatutnya agar kita tidak lari daripada landasan. Sebagai contohnya, perkara pertama yang kita mesti lakukan adalah dengan mencari bahan serta melakukan pemerhatian agar minda dan pengetahuan kita terhadap sesuatu isu itu akan lebih luas. Hal ini bagi memudahkan kita menghasilkan penulisan kita. Dalam pada itu, kita hendaklah belajar bagi memperbaiki tatabahasa yang betul agar dapat mencapai bentuk penulisan yang bagus. Saya juga berpendapat bahawa, janganlah kita gentar untuk memulakan penulisan kerana pa