...

Hampir sepuluh jam aku lelapkan mata untuk menghilangkan sakit kepala yang teramat. Hendak saja aku hantukkan kepala  di bucu katil bewarna kelabu ini. Bangun dari lena yang panjang tetapi sedikit kesan pun tiada. Makin menggila sakitnya adalah. Kira-kira dua minit juga aku ambil masa untuk bangkitkan jasad aku dari katil. Terlihat sepapan panadol di atas meja yang hampir habis aku telan sejak pagi semalam. Tidak berguna juga.
_

Tudung terletak di kepala aku kemaskan. Aku cucukkan jarum peniti pada tudung bahagian atas kepala agar terbentuk dan mengekalkan kedudukan yang statik. Gaya biasa saja yang aku kenakan, namun masih kemas. Bag tangan aku capai lalu bingkas aku bangun dari kerusi solekku dan terus keluar dari kamar. Bergegas aku ke pejabat untuk bertemu dengan 'supplier' kain bagi menghasilkan keluaran baru aku selepas ini. Denyutan kepala yang rancak ini sengaja aku lupakan. Sakit, sakit juga. Kerja mesti jalan. 

Comments

Popular posts from this blog

Terakhir

Hairan

Dandelion