Posts

Showing posts from December, 2019

Terakhir

Hidup ini, kita perlu yakin. Yakin dengan diri sendiri dan yakin dalam membuat keputusan. Kita juga jangan mudah tersungkur kerana tidak semua yang mendahului itu akan menang. Bangun dan perlahan mulakan langkah sehingga berjaya. - Allah telah janjikan, sesiapa yang berusaha itu pasti akan berjaya dan rezeki itu seharusnya kita cari bukannya datang bergolek.

Arus

Tak sangka sebegini hebat aturan Tuhan. Dalam banyak-banyak manusia, aku yang dipilih menjadi salah seorang yang diuji. Mungkin selama ini aku banyak lalai. Atau aku lebih mengejar dunia tanpa mengingati pengakhiran aku yang sememangnya bukan di sini. - Peristiwa yang berlaku menjadi pengajaran. Jangan mudah percaya, jangan mudah bersangka buruk dan jangan sesekali terlalu fokus sehingga kau tidak nampak sedikit demi sedikit kemusnahan yang sememangnya hanya depan mata.

Talam Dua Muka

Sudah aku bilang dahulu. Hari tidak selalunya cerah. Sama seperti kehidupan aku yang tidak aku sangka sebegini rupa. Mungkin aku pernah berada di atas. Tapi sekarang aku berada di bawah. - Kekuatan aku hilang entah ke mana. Puas aku mencari, namun kehilangan dia buat aku sedar bahawa dialah penganiaya.

Busana

Semuanya hampir sempurna. Kejayaan demi kejayaan diraih. Namun, siapa sangka semuanya punah begitu sahaja. - Pelancaran busana yang telah dijanjikan tidak dapat dijalankan. Punah hati ini. Titik peluh selama ini tidak berguna sama sekali. Antara produk yang sangat aku nantikan unuk dipasarkan. Lesap. Aku ditipu.

Kontemporari

Warna berona putih bak kapas. Suci sekali. Masih mengekalkan konsep tradisional dan diselitkan moden. Kontemporari menjadi pilihan dan tampak elegen pada si pemakai. Tidak terlalu sarat dek hiasan melampau. Sungguh sesuai bagi majlis pernikahan kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Inilah impian aku sejak dahulu. Menghasilkan busana pengantin yang sangat menawan.

Tidak Terganti

Kerugian aku alami bukannya sedikit. Sehingga aku sendiri rasa gaji aku tidak patut dibayar bagi menanggung kerugian, kehilangan dan kejatuhan maruah aset aku. Sungguh aku tidak menyangka apa yang sudah terjadi. Gara-gara si pendengki yang dari dulu tidak pernah senang melihat aku senang. - Kau bersama dia, orang kepercayaan aku yang buta-buta menipu aku. Kenapa aku tidak sedar akan semua ini sejak dahulu lagi?

Dandelion

Image
Kenal ini apa? Lawa bukan. Putih, kelihatan lebih telus. Kuning lebih semangat. Sebagaimana sempurna rupanya begitu juga ingin aku sempurnakan harta aku. Dandelion.

Bumi Tembok Dunia

Malam kelam, bulan penuh dan penuh kabus. Berjalan sunyi di lorong sepi, khuatiri diketahui. Zip Jaket dinaikkan ke paras leher. Dingin cuaca di bumi ini sedingin perasaan aku. Masih mengharap semua ini mimpi. Hanya aku dan hidup yang penuh bahagia sahaja yang diharapkan. Namun, inilah yang aku sedang hadapi. Ayuh redah!

Workaholic

Sejak remaja lagi aku teringin menjadi seorang yang sibuk apabila dewasa. Sibuk dengan kerjaya yang aku maksudkan. Kesusahan sekarang meningkatkan semangat buat aku untuk berjaya masa hadapan. Oleh itu, aku tanam azam dalam jiwa untuk bekerja keras demi sesuap nasi. - - Keluar matahari tiada di dada langit begitu juga pulang dalam kegelapan malam. Itu yang aku lalui kini. Kesibukan yang aku cari sejak dulu. Keinginan melebarkan sayap ke rantau asia berjaya. Aku mahu terbang lebih bebas dan luas.

Hairan

T iba-tiba mata aku tertancap pada susuk tubuh yang aku kenal. T erbuntang biji mata aku melihat mereka.  - Keberadaan mereka di bumi yang sama dengan aku. Apa motif mereka? 

Hati

"Sebesar mana pun kamu sayang dia, tinggalkan sepuluh peratus dalam hati kamu kebencian untuk dia"  Pertama kali aku dengar kata-kata itu, terus aku semat dalam dada. Sehingga sekarang aku tidak lupa.

Bergerak Solo

Hidup ni, kau kena tahu satu perkara. Jangan sesekali kau bergantung pada orang sekeliling. Lebih-lebih lagi orang yang paling kau rapat. Sebab, hilangnya dia hilang juga kau.  - Penerbangan aku jam 10 malam ini membuatkan aku agak sedikit gugup. Saja aku bergerak solo buat pertaman kalinya. Biar semua aku lakukan sendiri. Lebih puas hati dan tak susah hati !