Posts

Showing posts from September, 2019

Idola

Image
Nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. Datin Vivy Sofinas binti Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof. Merupakan seorang yang sangat hebat dalam perniagaan. Dia mempunyai nama yang sangat gah bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara juga dengan menghasilkan jenama sendiri iaitu Fashion Valet yang mengetengahkan fesyen. Dalam masa yang sama juga, dia juga telah melancarkan dUCk yang menghasilkan barangan kosmetik, tudung dan banyak lagi. Dia pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa kerana menjadi wanita berjihab pertama yang terpilih untuk mengenakan jenama terkenal iaitu Louis Vuitton.  Jika hendak diceritakan, banyak lagi sebenarnya mengenai Vivy Yusof ini. Beliau antara orang yang sangat aku kagumi. Setiap kejayaan yang beliau raih menjadi semangat dan titik perkembangan perniagaan aku sendiri. Semakin berkobar semangat aku.

Pasrah itu Berserah

Image
Langit menangis bersama aku. Pilu yang teramat sehingga ke titik akhir air mataku. Jika dapat dirobek dadaku, mungkin terlihatlah hati aku yang sudah bengkak. Bermonolog aku sendiri. Masihkah sempat untuk aku pulihkan semua? Masihkah ada ruang ditempatkan untuk diri ini. Semua ini bukan untuk aku sahaja. Malah untuk semua. Bait-bait kata yang dilontarkan bagi memujuk aku semuanya tidak dapat dihadam. Tiada siapa yang memahami betapa payahnya apa yang aku rasakan. Terkadang aku rasakan patut saja aku berundur  dan tidak perlu meneruskan landasan ini. Aku sangat pandai memberi nasihat kepada handai jika mereka bermasalah. Namun, aku sendiri tidak mampu menghadapi dugaan yang kunjung dalam hidup ini. Tidak mengapalah jika ini pengakhirannya. 

Masih Kalah

Image
Perjalanan pagi ini agak sepi. Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, aku angkat kepalaku mendongak ke langit yang terbentang luas. Mendung! Ya mendung. Terus gundah gulana hati aku. Melihat teman di sebelah yang tampak tenang air mukanya. Aku juga harus berlagak biasa. Tidak mengapalah, air dari atas itukan rahmat dari-Nya. Ku ukir senyuman kelat sambil menguruskan hal yang sepatutnya aku buat. Setitik. Dua titik. Tiga titik. Tersungkur aku!

Kalah

"Tidak mengapa. Usah mengalah" Kata-kata yang sering diungkapkan kepadaku tiap kali diri ini hampir tersungkur. Cuba menenangkan aku malah buat dirinya juga. Bukan senang untuk senang. Mengapa perlu mengalah? Bangkit!

Penat

Penat! Itu saja kata  yang mampu menggambarkan keupayaan diri ini. Bukan terpaksa tapi kerelaan sendiri. Tidak wajar untuk berhenti separuh hari.
Image
Tenang bukan. Tapi sebaliknya?

Salam Perkenalan

Image
Merupakan puteri sulung kepada Encik Hamdan bin Sidek dan Puan Puziyah bte Lebai Razali. Dilahirkan pada 25 Mac 1998, Muar, Johor dan dibesarkan di Selangor sejak berusia 8 tahun sehingga kini. Berkelulusan lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang dan kini merupakan penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kursus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pengajian Bahasa Melayu. Diharapkan blog ini merupakan titik permulaan bagi tulisan yang bakal saya coretkan kelak.