Idola


Nama yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. Datin Vivy Sofinas binti Yusof atau lebih dikenali sebagai Vivy Yusof. Merupakan seorang yang sangat hebat dalam perniagaan. Dia mempunyai nama yang sangat gah bukan sahaja dalam negara, malah di luar negara juga dengan menghasilkan jenama sendiri iaitu Fashion Valet yang mengetengahkan fesyen. Dalam masa yang sama juga, dia juga telah melancarkan dUCk yang menghasilkan barangan kosmetik, tudung dan banyak lagi. Dia pernah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa kerana menjadi wanita berjihab pertama yang terpilih untuk mengenakan jenama terkenal iaitu Louis Vuitton. 

Jika hendak diceritakan, banyak lagi sebenarnya mengenai Vivy Yusof ini. Beliau antara orang yang sangat aku kagumi. Setiap kejayaan yang beliau raih menjadi semangat dan titik perkembangan perniagaan aku sendiri. Semakin berkobar semangat aku.


Comments

Popular posts from this blog

Terakhir

Hairan

Dandelion