Posts

Terakhir

Hidup ini, kita perlu yakin. Yakin dengan diri sendiri dan yakin dalam membuat keputusan. Kita juga jangan mudah tersungkur kerana tidak semua yang mendahului itu akan menang. Bangun dan perlahan mulakan langkah sehingga berjaya. - Allah telah janjikan, sesiapa yang berusaha itu pasti akan berjaya dan rezeki itu seharusnya kita cari bukannya datang bergolek.

Arus

Tak sangka sebegini hebat aturan Tuhan. Dalam banyak-banyak manusia, aku yang dipilih menjadi salah seorang yang diuji. Mungkin selama ini aku banyak lalai. Atau aku lebih mengejar dunia tanpa mengingati pengakhiran aku yang sememangnya bukan di sini. - Peristiwa yang berlaku menjadi pengajaran. Jangan mudah percaya, jangan mudah bersangka buruk dan jangan sesekali terlalu fokus sehingga kau tidak nampak sedikit demi sedikit kemusnahan yang sememangnya hanya depan mata.

Talam Dua Muka

Sudah aku bilang dahulu. Hari tidak selalunya cerah. Sama seperti kehidupan aku yang tidak aku sangka sebegini rupa. Mungkin aku pernah berada di atas. Tapi sekarang aku berada di bawah. - Kekuatan aku hilang entah ke mana. Puas aku mencari, namun kehilangan dia buat aku sedar bahawa dialah penganiaya.

Busana

Semuanya hampir sempurna. Kejayaan demi kejayaan diraih. Namun, siapa sangka semuanya punah begitu sahaja. - Pelancaran busana yang telah dijanjikan tidak dapat dijalankan. Punah hati ini. Titik peluh selama ini tidak berguna sama sekali. Antara produk yang sangat aku nantikan unuk dipasarkan. Lesap. Aku ditipu.

Kontemporari

Warna berona putih bak kapas. Suci sekali. Masih mengekalkan konsep tradisional dan diselitkan moden. Kontemporari menjadi pilihan dan tampak elegen pada si pemakai. Tidak terlalu sarat dek hiasan melampau. Sungguh sesuai bagi majlis pernikahan kecil-kecilan mahupun besar-besaran. Inilah impian aku sejak dahulu. Menghasilkan busana pengantin yang sangat menawan.

Tidak Terganti

Kerugian aku alami bukannya sedikit. Sehingga aku sendiri rasa gaji aku tidak patut dibayar bagi menanggung kerugian, kehilangan dan kejatuhan maruah aset aku. Sungguh aku tidak menyangka apa yang sudah terjadi. Gara-gara si pendengki yang dari dulu tidak pernah senang melihat aku senang. - Kau bersama dia, orang kepercayaan aku yang buta-buta menipu aku. Kenapa aku tidak sedar akan semua ini sejak dahulu lagi?

Dandelion

Image
Kenal ini apa? Lawa bukan. Putih, kelihatan lebih telus. Kuning lebih semangat. Sebagaimana sempurna rupanya begitu juga ingin aku sempurnakan harta aku. Dandelion.